Rabu, 22 Disember 2010

Assalamualaikum..wbt...

salam semua...berjumpa lagi...eh2 ada orang ke..hehehhe..saje jer...dah lama orang x upload apa2 tuk blog nie....CibOklah...huhu....hari tu orang pergi Kuantan...ehem2...hihihi....first time sampai ke daerah tu...alaaa...Kedah lawa lagi kott...haha...jangan marah yer....di mana bumi dipijak disitu langit dijunjungkan....??Alamak orang lupa laaa..orang dah masukkan entry tu..huhu...lpas balik dari Kuantan tu..orang pergi ke Pantai Kerachut..sebenarnya x plan pon nak pergi tapi last minit plan....sampai sana...memang bestlah...Pusat Konsevasi penyu tu....yea lah...real kott jumpa penyu..hehhehe....tapi anak jer lah...mak dah cabOt...takot kena serang ngan budak-budak ADTEC & geng MBFM....tahu tak...short for what tu..??..majlis belia felda malaysia......diaorang ni semua happening jer..memang kenangan yang takkan dilupakan...lpas abis kat pantai kerachut ...orang pergi lak join kawan orang kursus....kursus fotografi...orang ni mnyibOk jer..hahahaa...anyway memang pengalamn yang best..sebab masa tu jugak orang first time naik bot...huhu...melonjak2 masa laut berombak tu...masa nak balik laut x bergelora dah..so memang bestlah..rileks jer....sepanjang perjalanan plak jumpa ngan batu-batu yang meyerupai haiwan macam arnab..penyu..best2..!!..lepas balik dari pantai tu dah masuk opis macam biasa...lepas masuk opis...dapat plak surat lapor diri ke Kursus Induksi Umum dan khusus...kat taiping...kat ADTEC jugak..huhu...mcam xda tempat lain..haha...well ....jimat kos....macam-macam jugak lah yang jadi kat sana.....bertambah ilmu dan bertambah juga sakit..huhu...masa kursus macam2 yang berlaku..dan berlaku jugak lah pertambahan kawan2 dalam Fb.....hehehe...harap2 kami semua yang terlibat dengan kursus ni semua lulus dan berjaya dalam kerjaya masing2...orang doakan tuk kamO semua kawan-kawan...:) dah x sanggup rasanya nak berkursus lama-lama macam tu...sesuatu jugak berlaku semasa orang kursus tu..hOpe orang Tabah dan selalu tersenyum.....:) Baru jer abis kursus induksi...kena plak pergi kursus anjuran ADTEC iaitu kursus ReTreat..kat Sungai Petani..kat Pantai Merdeka...tempat yang sama orang pergi family day dulu...kenangan menggamit kembali....lallalala~~...(^_^)...Akhirnya....bebaslah orang dari kursus2 untuk tahun 2010...selamat tinggal 2010....welcOme new year 2011.....:)





salam sayang
miza_86

APA PUNCA ANAK DERHAKA ??

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Rasulullah s.a.w. :-
"Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)"
dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".
Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL


Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."

HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,"

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.

"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.

"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers adalah mudah iaitu:-

Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips :-

1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.

11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Wassalam
salam sayang
miza_86

Isnin, 1 November 2010

aktiviti sepanjang bulan Oktober...

Assalamualaikum...selamat sejahtera semua....

dah lama sangat orang tak tulis dan upload cerita-cerita terbaru @ post-post yang terbaru.....windu sangat kat blog ni...(^_^)ehehheehe.......


sepanjang bulan Oktober yang lepas banyak benda yang dibuat...bulan lepas juga menyaksikan terikat sudah sepupu orang dengan tunangnya...Aqilah anak arwah pak jang orang dengan pilihan hatinya..Zahran..majlis pertunangan pada 30 Oktober 2010 bersamaan hari sabtu....meriah majlis...ehehehe...orang dan kak ani ada buat hantaran untuk dia...wahhh...bangga dapat siapkan walaupun last minit.........:)

ini antara gambar masa kami memeriahkan majlis...kira mem"busy"kan diri gak lah....ahaks..:P






gambar ni orang bersama-sama dengan sepupu-sepupu dan kak ani...masa ni majlis dah abis dah pun...kira dah selamatlah sepupu orang ni diikat...ehehehe....semoga kekal bahagia.....amin..amin....doakan tuk sepupu orang tu yer....:)








pose lagi...ehehhehe.......mierah...ana...cik Tunang..N...jeng je jeng...ahakahak...orang lah...:)

banyak lagi gambar sebenarnya..tapi xsempat nak copy sebab time majlis pertunangan ni..kira orang dan sepupu-sepupu ni sibuk menolong di dapur...anak dara lah katakan....ehehhehe...merajinkan diri di dapur...(^_*)

oklah...sekian ajalah tentang majlis tu..kita cita lak tentang aktiviti orang sebelum majlis pertunangan sepupu orang...

orang ke Kuantan selama seminggu..untuk mesyuarat perkhidmatan perpustakaan gunasama..mesyuarat tu berlangsung selama 3 hari iaitu pada 25 hingga 27 Oktober 2010 kat Bukit Gambnag Resort City..first time sampai kat situ...taman tema...seronok tapi orang tak sempat nak lepak-lepak sebab orang sibuk...huhu...(^_^)....tapi orang cukup enjoy berada disana...banyak pengalaman yang dapat ditimba dari "otai2"...ehhehee..........

ni gambar mama-mama orang....seronok bersama mereka...:))


kenangan ni takkan dapat dilupakan.....




disana orang dapat banyak pengalaman sebab yang pergi untuk mesyuarat tu semuanya orang yang dah lama bekerja....kira oranglah yang paling muda...dan yang paling tecik...ehehhehe......masa kesana diadakan juga slot lawatan ke Universiti Malaysia Pahang alias UMP......besar tempat tu dan cantik...alangkah seronoknya tempat orang pun camtu....huhu..tapi apa-apa pun syukur yang penting walau camna pun tempat keja kita...usahakan untuk menjadi lebih baik...cehh..semangat jer lepas balik dari meyuarat dulu..hihii...kekalkanlah semangat ini..amin.....

oklah..nanti orang citer-citer lagi yer...mata dah ngantok plak..huhu...selamat malam..maafkan salah silap orang..sampai jumpa lagi...:)

Isnin, 6 September 2010

5 PERKARA ELOK DISEBUT




Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.
Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:


1. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.


2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?


4. Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.


5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...








menyampaikan dri seorg sahabt utk sahabat....
miza_86

Putriku Sayang

30 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki.....



1.>>>> Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.


2.>>>> Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.


3. >>>>Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. >>>>Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.


5. >>>>Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


6.>>>> Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.


7.>>>> Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.


8.>>>> Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.


9. >>>>Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.


10.>>>> Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.


11.>>>> Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.


12.>>>> Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.


13. >>>>Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.


14. >>>>Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.


15. >>>>Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.


16. >>>>Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.


17. >>>>Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!


18. >>>>Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.


19. >>>>Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.


20. >>>>Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.


21. >>>>Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!


22.>>>> Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.


23.>>>> Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.


24.>>>> Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.


25. >>>>Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.


26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..


27. >>>>Senjata wanita adalah airmata!!


28. >>>>Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.


29. >>>>Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...


30. >>>>Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sabtu, 4 September 2010

kenapa wanita menangis?...

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya pada ibunya.
"Ibu, mengapa Ibu menangis?".

Ibunya menjawab,
"Sebab aku wanita".
"Aku tak mengerti" kata si anak lagi.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.
"Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya.
"Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab,
"Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawapan yang diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu meningkat remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan,
"Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"
Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab,
"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.
Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bilapun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita,walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

walau siapa pon anda...
hargailah ibu,kakak,nenek dn wanita2 d skeliling anda...
betapa besar pngorbanan seorg wanita..
smoga airmata gmbira mngiringi anda bkn airmata kcewa krana anda...


salam sayang
miza_86

Selasa, 27 Julai 2010

kHaS untuKmU..


Assalamualaikum….bagi yang beragama islam….boleh la jawab salam…
Bagi yang bukan beragama islam saya ucapkan salam sejahtera….

Ermmm….sebagai permulaan dan mukadimah untuk hari ini saya kirimkan sejambak bunga buat kalian sebagai tanda yang kalian sentiasa berada dekat di hati saya


Dan di sini saya kirimkan senyuman agar kita sentiasa berada dalam keriangan
Senyumlah kita selalu kerana senyuman itu satu sedekah


Jangan biarkan hidup anda dibasahi dengan tangisan…
Hapuslah airmatamu agar hari yang berlalu lebih bermakna…


Marilah kita berkasih sayang antara satu sama lain
Agar kehidupan yang kita lalui tidak kesorangan

Selamilah erti hidup dan hargailah setiap rakan yang hadir dalam hidup kita
Mereka yang membuat kita ketawa dan menangis
Kehadiran merekalah menceriakan hari2 kita
Terima kasih semua…
Kernah pernah hadir menjadi kawanku….




Dan saya sentiasa disini mengharapkan hari2 rakan saya berlalu dengan penuh keindahan…
dan saya sentiasa ingin mengetahui keadaan rakan2 saya kerana anda semua sentiasa
berada di minda dan di hati saya..








dan adakalanya saya tidak tahu saya telah menyakiti hati sahabat saya
dan mungkin mereka juga adalah anda sendiri

jadi saya ingin minta maaf andai ada sikap saya yang membuat anda terasa




Semoga anda mampu memaafkan saya...
\




Kadang-kadang saya tak tahu bagaimana untuk mengekspresikan rasa sayang saya pada anda semua…
Jadi saya kirimkan pelukkan dari jauh agar anada merasa kehangatan persahabatan saya x pernah kurang...






Andai anda masih lagi rasa kekurangan dari pelukan itu…jadi saya kirimkan ciuman persahabatan agar anda semua tahu yang saya sangat menyayangi semua sahabat saya












Dan akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kaseh kerana sudi menjadi sahabat saya…bye…






















salam sayang
miza_86

Isnin, 12 Julai 2010

salam pembuka bicara

assalamualaikum..
salam sejahtera..salam sayang..salam ceria..salam kasih sayang dan pelbagai salam yang baik-baik dari saya buat semua..semoga kita semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera..berada dalam limpahan rahmat dan kasih sayang dari Allah s.w.t dan akan sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangNya...amin.hari ini lebih kurang pukul 6 lebih..dek kerana masa saya yang terluang saat ini terdetik di hati untuk membuat blong..xsangka..sgt mudah sebenarnya untuk create this blog..hehhehe~~sorry..!!percampuran bahasa..ahakz..selama ni sebenarnya x pernah mencuba pun untuk buat..hehhehe..(^_^) Terniat di hati yang rindu pada keluarga tersayang untuk create this blong just for my lovely family..saya sayang kamu semua..trima kasih mak abah akk abng sepupu sedara dan semuanya...love u all...muaks..-p
hari ini 12 julai 2010 terciptalah blong saya yang diberi nama "mizalovefamily" hope korang semua yang sudi membaca blog ni gembira selalu..thanks a lot coz sudi luangkan masa untuk membaca..jadikan membaca amalan yang mulia..
salam sayang
miza